Timbul rasa insaf dihati bahawa kita semakin hampir dengan hari kiamat..penamat segala kehidupan..kita telah diberi penunjuk bahawa kita semakin hampir dengan hari kiamat.Masih sempat kita untuk membuat amal ibadah..Bertaubatla..
Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
* Asap,
* Dajjal,
* Binatang,
* terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
* turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
* Yakjuj dan Makjuj,
* tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
* sekali di barat dan
* yang ketiga di Semenanjung Arab
* yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment